SKRIP DRAMA RADIO DURASI PENDEK - BIDADARI

 

RANCANGAN      : PANGGUNG DRAMA

TAJUK                   : BIDADARI

PENULIS               : NURUL ANEESA MOHD KHIDIR

WATAK :

ARJUNA – Dilakonkan oleh Nurin Zulaikha

BIDADARI [ KAWAN ARJUNA ] – Dilakonkan oleh Nur Azlin Shafikah

PUAN HUDA [ IBU ARJUNA ] – Dilakonkan oleh Nurul Aneesa

TUAN NASIR [AYAH ARJUNA ] – Dilakonkan oleh Muhammad Haziq Ikmal

                                                                                                                                    

SINOPSIS :

Arjuna, seorang budak lelaki berumur 9 tahun merupakan anak tunggal yang disayangi oleh ibu dan ayahnya. Namun, pada satu malam, Arjuna bermimpi yang dia berjumpa dan berkenalan dengan seorang budak perempuan misteri yang tidak mempunyai nama. Disebabkan sifat budak perempuan itu yang tidak menunjukkan mukanya, Arjuna mengambil keputusan untuk menamakan budak perempuan itu sebagai Bidadari.

Persahabatan yang terjalin di antara mereka berdua semakin rapat apabila budak perempuan itu sentiasa memasuki mimpi-mimpi Arjuna dan mengajar Arjuna lagu kegemarannya. Tetapi tanpa Arjuna sedar, kawan Bidadarinya itu bukan sebaik yang Arjuna sangkakan.

 

GRAM : MUZIK PENGENALAN DAN HEBAHAN RANCANGAN OLEH JURUHEBAH

PUAN HUDA            : [KETAWA] Juna nak dengar lagi tak cerita ibu ni?

ARJUNA                    : [KETAKUTAN] Tak nak.. Juna tak nak dengar.

PUAN HUDA            : Haaa... lepas tu.. Harold, dia..

ARJUNA                    : Ibu..!!

PUAN HUDA            : [KETAWA] Alolo… okay, okay. Ibu tak sambung dah. Kesian anak ibu ni. Nak tidur pun takut. [KETAWA] Okay Juna, ibu keluar dulu eh.

ARJUNA                    : [KETAKUTAN] Ibu....

PUAN HUDA            : Ya.. kenapa, Juna?

ARJUNA                    : Macam mana kalau Harold ganggu Juna malam ni? Juna takut..

PUAN HUDA            : Juna, Harold takkan ganggu Juna sebab Juna budak baik. Anak ibu good boy kan. Hrmm..? Harold ganggu orang yang jahat je macam Thomas dengan Alfred tu. Mereka jahat, selalu kacau Harold. Jadi, Harold kacaulah mereka balik. Tu balasanlah untuk mereka berdua.

ARJUNA                    : Okay...

PUAN HUDA            : Ibu keluar dulu ya. Selamat malam sayang. Sweet dream.

ARJUNA                    : Selamat malam ibu.

EFEK : BUNYI MUZIK TIDUR

ARJUNA                    : [BERBISIK] Harold, Harold jangan ganggu Juna tau. Juna good boy.

Juna nak sweet dream, nak tidur. Harold ganggu bad boy lain okay?

GRAM : MUZIK SELINGAN

EFEK : BUNYI ANGIN

ARJUNA                                : [MONOLOG] Saya.. saya kat mana ni? Ibu? Ayah? Juna dekat mana ni.. kenapa tak ada orang dekat padang rumput ni? Ibu..? Ayah…? [MENDESAH]

ARJUNA                                : [TERUJA] Hrmm.. Oh.. ada budak lah bawah pokok tu... awak!

EFEK : BUNYI BERLARI

ARJUNA                                : Awak… saya dekat mana ni?

BUDAK PEREMPUAN        : Awak berada disini, mencari apa?

ARJUNA                                : Saya.. nak balik rumah... Err.. Awak nampak ibu saya tak?

BUDAK PEREMPUAN        : Tak. Saya tak nampak sesiapa di sini selain awak. Awak sedang berada di kawasan saya, Arjuna. Di taman peribadi saya.

ARJUNA                                : [TERKEJUT] Eh, awak.. tahu nama saya?

BUDAK PEREMPUAN        : Ya, saya memang tahu nama awak. Dah lama saya kenal awak, Arjuna. Dari dulu lagi...

ARJUNA                                : Macam mana awak tahu nama saya? Saya tak kenal awak.. pun?

BUDAK PEREMPUAN        : Awak tak perlu kenal saya. Saya tak penting pun dalam dunia ini. Kalau niat awak ke sini untuk mencari jalan pulang, awak kena berjalan terus ke hadapan. Nanti awak akan jumpa beberapa persimpangan. Sentiasalah mengambil persimpangan ke kanan untuk jumpa jalan pulang. Rasanya awak sudah tak perlukan saya. Saya pergi dulu.

ARJUNA                                : Eh.. awak… jap..! [BEAT] Kenapa awak nak pergi dah? Kalau saya sesat nanti, macam mana? Jomlah ikut saya balik rumah. Ibu saya masak sedap tau! Kalau awak makan, awak pasti suka. Tapi, erm... saya tak tahu nama awak lagi. Nama awak apa eh?

BUDAK PEREMPUAN        : Saya tak ada nama.

ARJUNA                                : [TERKEJUT] Eh, takkan lah awak tak ada nama. Mana ada orang tak ada nama. Kesian orang tu! Hrm… kalau awak tak ada nama, saya nak namakan awak boleh? Hrm... nama... nama.... [BEAT] Haaa.. Saya tahu! Saya nak panggil awak Bidadari!

BUDAK PEREMPUAN        : Kenapa Bidadari?

ARJUNA                                : Sebab bidadari mana pernah tunjuk muka dia. Macam awak. Kita jalan sama-sama ni pun, awak tak tunjuk muka awak dekat saya. Sebab tu lah awak sama macam bidadari! Awak suka tak saya panggil awak Bidadari?

BIDADARI                            : Saya suka. Terima kasih sebab namakan saya dengan nama panggilan yang cantik. Saya hargai.

ARJUNA                                : Hehe.. [BEAT] Eh, saya nampak rumah saya lah! Awak, jom pergi sama-sama! Yeay! Yeay!

EFEK : BUNYI JAM LOCENG

ARJUNA                                : [MAMAI] Huh? Apa? Kat mana ni? Oh... ni kat rumah dah.. [BEAT] Bidadari..?

GRAM : MUZIK SELINGAN

EFEK : BUNYI TAPAK KAKI MENURUNI TANGGA

ARJUNA                                : [TERUJA] Ayah! Ibu! Semalam Juna dapat kawan baru.. Dalam mimpi! Nama dia Bidadari! Dia tolong Juna balik rumah!

TUAN NASIR                        : Bidadari mana pula ni Juna? Dah-dah, cepat makan. Lewat pulak kan pergi sekolah. Dengan sesaknya lagi. Dah lah hari ni hari Isnin.

ARJUNA                                : [SEDIH] Ayah.. tapi… Juna tak siap cerita lagi ni..

TUAN NASIR            : Tak yah cerita lah. Mimpi je semua tu. Tak ada yang betul pun mimpi tu. Cepat-cepat makan. Ayah kena pergi kerja pulak ni.

ARJUNA                    : [SEDIH] Hrm…

PUAN HUDA            : [MEMUJUK] Juna, Juna makan dulu. Nanti Juna lambat pergi sekolah, kena pula marah dengan cikgu. Ya, sayang?

ARJUNA                    : [MERAJUK] Okay…

GRAM : MUZIK SELINGAN

EFEK : BUNYI ENJIN KERETA

PUAN HUDA            : Juna, nanti lepas Juna balik sekolah, Juna cerita lah pasal Bidadari tu kat ibu. Ibu nak tahu lah pasal Bidadari Juna tu.

ARJUNA                    : [TERUJA] Ibu nak dengar ke pasal Bidadari?

PUAN HUDA            : Ha ah. Mestilah. Ibu kenalah dengar pasal kawan baru Juna ni. Kawan Juna kan kawan ibu jugak?

ARJUNA                    : [TERUJA] Yeay! Arjuna sayang ibu! Nanti bila Juna balik sekolah, Juna cerita tau ibu!

PUAN HUDA            : Ye, ye sayang. Have fun tau dekat sekolah. Love you!

GRAM : MUZIK SELINGAN

EFEK : BUNYI ANGIN

ARJUNA                    : [TERUJA] Bidadari!

BIDADARI                : Awak nantikan saya ya, Arjuna?

ARJUNA                    : [TERUJA] Ha ah! Hai, Bidadari. Yeay! Saya jumpa awak lagi! Hihi! [BEAT] Bidadari, awak memang tak ada kawan ke kat sini?

BIDADARI                : Tiada. Saya tak pernah ada kawan. Awak seorang saja kawan saya, Arjuna.

ARJUNA                    : Awak tak rasa sedih ke takde kawan?

BIDADARI                : Tak kalau saya bersama awak, Arjuna.

ARJUNA                    : Oh... iye ke? Malulah saya.. hehe. 

BIDADARI                : [SENYUM] Arjuna, saya ada satu lagu yang saya buat sendiri, khas untuk awak. Awak nak dengar?

ARJUNA                    : [TERUJA] Eh... nak! Nyanyilah Bidadari.

BIDADARI                : [TEMPO PERLAHAN] Ulat Bulu... datang mencari aku, memeluk aku, gatal Si Ulat Bulu.. [BEAT] Ulat Bulu.. datang mencari aku, memeluk aku, gatal Si Ulat Bulu..

EFEK : BUNYI MENEPUK TANGAN

ARJUNA                    : Wow.. Bidadari, bestlah lagu Bidadari! Saya suka!

BIDADARI                : [SENYUM] Kalau awak rindukan saya, nyanyilah lagu ni. Nyanyilah, sampai awak tak tahu apa itu rindu. Sentiasa mainkan lagu ini di bibir awak sehingga tiada siapa yang awak fikirkan selain saya. Hanya saya, di fikiran awak.

GRAM : MUZIK SELINGAN

EFEK : BUNYI CICIPAN BURUNG MIX SUDU DAN PINGGAN BERLAGA

ARJUNA                    : [BERSENANDUNG] Hrmmm… hrmm…

TUAN NASIR            : [TEGAS] Arjuna! Makan betul-betul. Jangan duk hrmm hrmmm masa makan. Tak elok!

ARJUNA                    : [BERSENANDUNG] Hrmm.. hrmmm..

TUAN NASIR            : Arjuna!

PUAN HUDA            : Abang.. biarlah dia… mood dia happy lah tu gamaknya. Tak payahlah kacau dia.

TUAN NASIR            : [MENYAMPAH] Ish, awak ni. Manjakan dia sangat, sebab tu lah dia jadi macam ni.

ARJUNA                    : [BERSENANDUNG] Hrmmm… hrmmm….

GRAM : MUZIK SELINGAN

EFEK : BUNYI PINTU DIBUKA

PUAN HUDA            : Eh anak ibu dah balik sekolah? Welcome home, sayang. So, macam mana sekolah hari ni, okay?

ARJUNA                    : [SENANDUNG] Hrmm.. hrmm….

EFEK : BUNYI TAPAK KAKI MEMIJAK ANAK TANGGA

PUAN HUDA            : Arjuna? [PELIK] Eh.. kenapa si Juna tu? Elok ke tak dia? Ke.. dia ada masalah dekat sekolah? Haih.. budak-budak sekarang. Nanti bila dia lapar, pandailah dia turun cari makanan nanti. Hrm…

GRAM : MUZIK SELINGAN

EFEK : BUNYI MEMBUKA PINTU

ARJUNA                    : [BERBISIK] Datang si ulat bulu….

PUAN HUDA            : Juna, Juna nyanyi lagu apa tu? Meh makan meh. Ibu dah siap masak untuk Juna.

ARJUNA                    : Ulat bulu... datang mencari aku, memeluk aku, gatal Si Ulat Bulu...

PUAN HUDA            : [BENGANG] Juna, ibu tengah cakap dengan Juna ni. Kenapa Juna macam tak dengar cakap ibu ni?

ARJUNA                    : [MENDENGUS] Hmph!

ARJUNA                    : [MENYANYI] Ulat bulu... datang mencari aku, memeluk aku, gatal si Ulat Bulu...

PUAN HUDA            : [MARAH] Arjuna! Tuan Arjuna Bin Tuan Nasir! Lagu apa yang Juna nyanyi ni. Berhenti nyanyi sekarang!

ARJUNA                    : Ulat bulu... datang mencari aku, memeluk aku, gatal si Ulat Bulu...

PUAN HUDA            : [MENGELUH] Juna! Arjuna! Juna dengar ke tak apa yang ibu cakap?

ARJUNA                    : Ulat bulu... datang mencari aku, memeluk aku, gatal si Ulat Bulu...

EFEK : BUNYI PILI AIR DIBUKA MIX BUNYI KAKI MELANGKAH

ARJUNA                    : [MARAH] Ibu! Ibu buat apa ni? Habis basah muka Juna!

PUAN HUDA            : Ibu yang patut tanya Juna. Kenapa Juna menyanyi lagu entah apa-apa tu banyak kali. Tak berhenti-henti dari tadi!

ARJUNA                    : [MARAH] Tu bukan lagu entah apa-apalah ibu. Tu lagu Bidadari buat. Lagu Ulat Bulu. Ibu jangan nak kutuk lagu Bidadari!

PUAN HUDA            : [MARAH] Ibu tak kutuk Bidadari lah Juna. Ibu cuma risau. Juna tak berhenti-henti nyanyi tu macam kena rasuk! Ibu tak suka.

ARJUNA                    : [MARAH] Ikut Juna lah nak nyanyi lagu Ulat Bulu tu banyak-banyak kali pon.

PUAN HUDA            : [MENARIK NAFAS PANJANG] Arjuna...

ARJUNA                    : Dahlah ibu. Juna nak tidur. Nak jumpa Bidadari. Ibu keluarlah.

PUAN HUDA            : Juna...

ARJUNA                    : [MENDENGUS]

PUAN HUDA            : [MENGELUH]

EFEK : BUNYI TAPAK KAKI MIX PINTU BILIK DITUTUP

GRAM : MUZIK SELINGAN

EFEK : BUNYI ANGIN

ARJUNA                    : Bidadari? Bidadari! Awak dekat mana?

BIDADARI                : Ya Arjuna, kenapa?

ARJUNA                    : [SEDIH] Bidadari, takpe kan kalau saya nyanyi lagu Ulat Bulu awak tu banyak-banyak kali.. Tak salah pon kan...?

BIDADARI                : Ya, tak salah pun, Arjuna. Kenapa awak tanya?

ARJUNA                    : Takdelah.. ibu saya marah saya bila saya nyanyi lagu awak. [BEAT] Saya nyanyi lagu awak sebab awak yang kata yang... kalau saya nak ingat awak, saya kena nyanyi lagu tu.. dan bila saya nyanyi, ibu saya pulak yang marah.. Saya sedih..

BIDADARI                : Awak nak tak kalau saya nyanyikan lagu penuh saya kepada awak? Kita boleh menyanyi bersama, secara berhadapan dan... awak boleh jumpa saya di alam realiti. Awak... nak?

ARJUNA                    : [TERUJA] Nak! saya nak!

BIDADARI                : Kalau macam tu, bila awak bangun dari mimpi ni, awak pergi ke pondok kayu belakang rumah awak. Saya akan menunggu awak di sana. Selepas itu, kita akan berjumpa secara berhadapan, akhirnya.

GRAM : MUZIK SELINGAN

EFEK : BUNYI SELIMUT MIX KAKI MEMIJAK LANTAI

ARJUNA                    : Yeay! Boleh jumpa Bidadari! Terujanya saya!

EFEK : BUNYI PINTU DIBUKA MIX KAKI BERLARI MIX PINTU DIBUKA

ARJUNA                    : Hello? Bidadari? Bidadari! Saya dekat sini!

EFEK : BUNYI BERJALAN MIX KOTAK BERLANGGAR

ARJUNA                    : Auuuchh... sakitlah! Ibu lah ni letak kotak ni dekat sini! Tengok, habis sakit kaki Juna langgar dengan kotak. Auch…

EFEK : SUARA ORANG BERSENANDUNG

BIDADARI                : [MENYANYI DALAM NADA SERAM] Ulat Bulu... datang mencari aku, memeluk aku, gatal Si Ulat Bulu...

ARJUNA                    : Bidadari? [BEAT] Bidadari! Awak kat mana? Bidadari!

EFEK : SUARA ORANG BERSENANDUNG

ARJUNA                    : [TERUJA] Bidadari, awak ke tu? Jap, saya pergi dekat awak. [BEAT] Bidadari! Saya jumpa jugak awak. Memang betullah awak ada, Bidadari!

BIDADARI                : [MENYANYI DALAM NADA SERAM] Ulat Bulu... datang mencari aku, memeluk aku, gatal Si Ulat Bulu...

ARJUNA                    : Bidadari...?

BIDADARI                : [MENYANYI DALAM NADA SERAM] Ulat Bulu... datang mencari aku... menarik aku... [BEAT] Masuk ke dalam lubang... sarang Si Ulat Bulu...

EFEK : SUARA MENGILAI

ARJUNA                    : [KETAKUTAN] Aaaaaahhhh....!!!

BIDADARI                : Awak yang nak saya nyanyi lagu ni dalam lirik penuh kan...? Sekarang saya nak nyanyi lah ni untuk awak. Hihihi

 

EFEK : BIDADARI KETAWA

BIDADARI                : [MENYANYI DALAM NADA SERAM] Ulat Bulu... datang mencari aku, memeluk aku, gatal Si Ulat Bulu... Ulat Bulu, datang mencari aku, menarik aku, masuk ke lubang... sarang Si Ulat Bulu... (BEAT) Terperangkap selamanya... bersama Si Ulat Bulu...

LAGU      : PILIHAN JURUHEBAH

GRAM     : PENAMAT


Comments