PENGENALAN





DR Pockets ialah singkatan bagi Drama RadioPockets pula merujuk kepada peranti yang akan digunakan untuk mengakses laman web kami iaitu melalui telefon pintar. Kebanyakan telefon pintar mudah dibawa ke mana-mana sahaja jadi disebabkan itulah kami memilih Pockets untuk memudahkan anda mengakses ketika berada dimana sahaja. Terdapat pelbagai genre yang digunakan dan diaplikasikan dalam menghasilkan sebuah drama radio termasuklah genre fantasi, politik, misteri dan sebagainya.

"DR Pockets, rakan drama radio anda"

MISI kami menubuhkan laman web ini adalah untuk memartabatkan semula Industri Drama Radio di negara kita sekaligus mengembalikan nostalgia era dulu kepada generasi muda zaman kini.

KAMI percaya bahawa Industri Drama Radio masih releven untuk diketengahkan pada masa kini dan kami berkeyakinan bahawa Industri Drama Radio masih boleh diselamatkan dan melalui era gemilangnya sekali lagi.

DRAMA RADIO merupakan seni warisan negara kita. Jadi, kami sebagai anak muda dan pewaris kepada negara ini akan berusaha sebaik mungkin dalam memartabatkan semula kegemilangan Industri Drama Radio.

JAWATAN YANG DISANDANG :

Editor Drama Radio 1 : Alia Maisarah 


Editor Drama Radio 2 : Nor Ain Shafiqah


Pengurus Promosi Laman Web 1 : Muhammad Haziq Ikmal 


Pengurus Promosi Laman Web 2 : Nur Azlin Shafikah


Penulis Skrip : Nurul Aneesa 



"DR Pockets, rakan drama radio anda"

Comments